Sila log masuk terlebih dahulu.

Majlis Syura PAS tolak calon PRN ada masalah moral, ‘berdosa besar’.

12 Julai 2023 | TikTok
A
A
A
Majlis Syura PAS yang menapis lebih 300 nama sebagai calon PRN telah menolak individu yang mempunyai masalah moral dan “berdosa besar”, kata Mursyidul Amnya, Hashim Jasin kepada Free Malaysia Today (FMT).

Hashim berkata tapisan dibuat teliti untuk memastikan 126 calon yang bertanding di bawah logo bulan parti dan Perikatan Nasional (PN) di enam negeri bulan depan benar-benar layak mengikut syarat.

Beliau berkata, seseorang calon mesti mempunyai moral dan akhlak baik, tidak meninggalkan fardu ain dan tidak melakukan dosa besar iaitu yang dimaksudkan kesalahan besar dari segi Islam.

Tambahnya lagi nama melepasi tapisan itu akan diserahkan semula kepada PAS negeri untuk ditentukan kerusi bakal ditandingi.

Sebelum ini media melaporkan Nik Mohamad Abduh, anak kepada bekas menteri besar Tan Sri Nik Abdul Aziz antara yang melepasi tapisan Majlis Syura untuk bertanding di Kelantan.

Perkembangan itu menolak dakwaan bahawa PAS cuba menafikan Nik Abduh peluang bertanding pilihan raya dan mematikan legasi Nik Aziz.