Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong

Ab Malik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membuat hantaran jelik, tahun lalu.
Ab Malik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas pertuduhan membuat hantaran jelik, tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan WhatsApp, tahun lalu.

Tertuduh, Ab Malik Hussain, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada dua anak itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dalam kumpulan WhatsApp 'soal jawab tasawuf-(sufi)'.

Hantaran itu telah dilihat sekitar jam 8.30 malam di Batu 10, Kampung Pulau Padang Bota Kiri di dalam daerah Perak Tengah pada 22 November 2022.