Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki nafi sebabkan kematian penunggang Ducati

10 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 10 JULAI 2023

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, atas pertuduhan menunggang secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Ducati, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai penunggang motosikal, telah menunggang kenderaan itu secara melawan arus jalan, telah menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, di kilometer 22.2 Lebuhraya SUKE, pada jam 1.10 tengah hari, 14 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda sehingga tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu turut memperuntukkan hukuman hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/267444/berita/semasa/lelaki-tidak-mengaku-lawan-arus-sebabkan-penunggang-ducati-maut

https://go.sinar.la/3D3O89l

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian