Mercedes seakan menyerah kalah

Wolff - Foto AFP
Wolff - Foto AFP
A
A
A

KETUA pasukan Mercedes, Toto Wolff seakan mengibar bendera putih dalam misi memburu kejuaraan perlumbaan Formula Satu (F1) pada musim ini apabila mahu mengalih fokus terhadap pembangunan jentera pada tahun depan.

Beliau juga seperti menyerah kalah kepada pesaing dari Red Bull selain tidak mempunyai pilihan kerana terpaksa bergantung kepada jentera sedia ada.

“Kami tiada pilihan. P2 dan P3 (jentera) pada asasnya tidak memberi kesan kepada saya dan pasukan. Ia adalah tentang kembali untuk memenangi kejuaraan dunia.

“Itu tidak akan berlaku tahun ini jadi kami perlu melihat tahun depan dan kami akan melihat semua perlumbaan akan datang.

“Bagaimana kami boleh belajar, membangun dan memastikan kami dapat meneruskannya ke tahun depan,” ujar Wolff.

Dalam saingan Grand Prix British di Silverstone pada malam Ahad itu, pelumba Mercedes, Lewis Hamilton terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Juara dunia, Max Verstappen meneruskan momentum positif dalam misi memburu gelaran ketiga apabila mengungguli perlumbaan di di Silverstone itu

Pelumba McLaren, Lando Norris pula di tempat kedua.

Wolff menjelaskan mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang dominasi Verstappen dan Red Bull.

“Masanya akan tiba tidak lama lagi untuk bertukar fokus kepada musim depan.

“Peraturannya adalah sama jadi kami tidak belajar apa-apa selain meneruskan musim 2023 dengan kereta ini,” katanya.