[VIDEO] Ras Adiba sertai Bersatu

A
A
A

SEREMBAN - Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menerima watikah keahlian parti berkenaan pada Ahad.

Watikah berkenaan disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini.

Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Dua lagi individu iaitu bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang Keadilan Jelebu merangkap bekas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Yus Mazmi Ahmad Yusof pula menyerahkan borang keahlian Bersatu mereka.

Ras Adiba (tiga dari kanan) menyertai Bersatu pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan pada Ahad.
Ras Adiba (tiga dari kanan) menyertai Bersatu pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan pada Ahad.