Mayat lelaki warga emas ditemukan di Sungai Kuyuh

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di Sungai Kuyuh berhampiran Jalan Raya 1, Taman Serdang Jaya, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang membantu mengeluarkan mayat mangsa.

“Kami terima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada pukul 9.16 malam tadi berhubung penemuan itu. Sebaik tiba, kami mendapati ada mayat seorang lelaki dalam sungai berkenaan.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk membawa keluar mayat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan keadaan fizikal, mangsa dipercayai berusia lingkungan 70-an.

Tambahnya, mayat lelaki warga emas itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: