Jangan pandang remeh anak dibuli

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

JANGAN pernah sesekali ibu bapa mahupun guru memandang remeh terhadap masalah buli yang berlaku terhadap anak-anak mahupun pelajar.

Mungkin ada diantara kalian yang memiliki pemikiran bahawa perbuatan buli itu hanya melibatkan kecederaan fizikal sahaja tetapi ia sebenarnya boleh mengganggu kesihatan mental seseorang.

Apabila berhadapan dengan kejadian buli, perkara itu secara tidak langsung mengakibatkan mangsa mengalami trauma dan gangguan mental seperti tekanan perasaan dan kebimbingan.

Pada 5 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya berusia 14 tahun dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu.

Bapa kepada kanak-kanak malang tersebut, Najli Yakob,42, berkata, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli, rapat dengan abangnya itu, namun kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai tukang urut, mendakwa anaknya sebelum ini pernah memberitahu dibuli dan percaya kesan perbuatan tersebut telah menyebabkan dia mengalami trauma hinggakan sering meracau.

Rentetan daripada kejadian itu telah membawa kepada laporan muka hadapan Sinar Harian pada 9 Julai yang memaklumkan bahawa pelajar sekolah disyorkan untuk menjalani ujian psikologi.

Menurut Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, syor itu penting bagi membendung perbuatan buli melibatkan pelajar sekolah daripada terus berpanjangan.

Malah katanya, ujian berkenaan juga boleh dilakukan secara berkala dengan kerjasama kementerian berkaitan.

Oleh yang demikian, para guru perlu memainkan peranan penting dalam mengenal pasti pelajar yang membuli dan menjadi mangsa buli supaya permasalahan berkenaan dapat dibendung.

ARTIKEL BERKAITAN:Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama

Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang

Abang cekik Adik: KPM siasat sama ada wujud unsur buli di sekolah

Remaja cekik adik hingga maut tiada masalah disiplin - Polis