Kuih tradisi Tapai

A
A
A
Norhani Wahab, 68, menuang laru (ragi) yang sudah ditapis ke atas nasi ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Bukit Kalam hari ini.

Tapai merupakan sejenis kuih tradisional atau makanan tradisi yang popular dan digemari ramai oleh masyarakat tempatan di Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei.

Hidangan ini kebiasaannya dihidangkan pada majlis keramaian seperti perkahwinan dan kenduri, selain dijadikan pelengkap hidangan sarapan dan minum petang.

Tapai dibuat secara tradisional dengan beras nasi atau pulut berserta ragi yang dicampurkan sehingga sebati kemudian dibungkus dengan menggunakan daun pisang, simpur, nipah, puak atau daun irik sebelum diperam kira-kira sehari semalam atau 24 jam.

Tapai ini boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti tapai nasi, tapai pulut, tapai ubi, tapai bungkus dan tapai lambak.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Larian Bersama Bomba 2024

No Image Caption
GALERI

Karnival Agro Pelancongan Perak PAC 2024

No Image Caption
GALERI

Desaru Coast Sprint Triathlon

No Image Caption
GALERI

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara