Abang cekik adik: KPWKM sedia beri khidmat kaunseling

Nancy
Nancy
A
A
A

KEPALA BATAS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia memberi perkhidmatan kaunseling kepada keluarga di Bukit Piatu, Melaka yang berdepan dengan musibah selepas anak lelaki sulung mereka dipercayai mencekik adiknya sehingga maut pada Rabu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, KPWKM mempunyai kaunselor bertauliah dalam memberikan khidmat kaunseling terhadap apa jua kes berkaitan emosi dan psikologi.

Bagaimanapun, menurutnya ia bergantung kepada keluarga berkenaan sama ada mahu menerima perkhidmatan yang disediakan oleh KPWKM atau sebaliknya.

"Memang kita ada kaunselor yang bertauliah sekiranya mereka memerlukan tetapi kalau dalam hal seperti ini biasanya pihak kita pun tawarkan perkhidmatan kaunseling untuk mereka, namun terpulang kepada mereka lah mahu terima atau tidak.

"Kita tidak boleh pergi ke rumah orang terus cakap kita nak berikan kaunseling, kalau mereka rasa perlukan, kita akan sedia berikan dan kita juga tawarkan perkhidmatan talian kasih 15999 untuk dihubungi," katanya ketika ditemui media di sini, pada Khamis.

Nancy (tengah) bergambar bersama peserta yang hadir dalam program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antgangguan Seksual di Dewan Millenium, pada Khamis.
Nancy (tengah) bergambar bersama peserta yang hadir dalam program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antgangguan Seksual di Dewan Millenium, pada Khamis.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antgangguan Seksual di Dewan Millenium, di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu dan Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Chong Eng

Sinar Harian pada malam Rabu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya berusia 14 tahun dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu.

Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang

Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama

Remaja cekik adik, tidak ada masalah disiplin - Polis