Dulu bersuara pun tidak, sindir Annuar

Kenyataan Annuar di Facebooknya yang mempertikaikan kenyataan Mustapa menyertai PH kerana tidak selesa tentang beberapa perkara dalam BN.
Kenyataan Annuar di Facebooknya yang mempertikaikan kenyataan Mustapa menyertai PH kerana tidak selesa tentang beberapa perkara dalam BN.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Pakatan Harapan (PH) kerana tidak selesa tentang beberapa perkara dalam Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai kenyataan yang memualkan.

Annuar turut mempertikaikan mengapa Mustapa mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan ketika bersama BN sebelum ini beliau menjawat jawatan penting sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

“Inilah kenyataan yang paling memualkan daripada seorang pemimpin yang sewaktu beroleh kedudukan, umpama tikus jatuh ke beras. Beliau yang mengepalai negeri dan suami isteri menjadi pengapit terkanan pucuk pimpinan waktu itu, bersuara pun tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mustapa akui tidak selesa dengan kerajaan dahulu

“Beliau juga dalam Kabinet. Beliau juga Pengerusi Perhubungan Negeri, bertanding sampai dua kerusi. Beliau mengurus dana puluhan juta yang beliau ambil sendiri dari pucuk pimpinan. Beliau mengajar anak muda supaya memuja namanya dan pasukan beliau,” kata Annuar menerusi kenyataan di Facebooknya.

Annuar menambah, Ahli Parlimen Jeli itu perlu sedar bahawa kenyataan hipokritnya itu membuatkan pengundinya kecewa.

“Nak kejar pangkat, kejarlah. Tak payah ‘kencing’ merata tempat. Kemarahan orang kampung di Jeli boleh saya fahami. Tentu mereka kecewa melihat sikap hipokrit seperti ini. Sikap yang kita tidak menduga sama sekali,” katanya.

Kelmarin Mustapa menjelaskan rasa tidak selesa dengan beberapa perkara yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan BN menjadi punca beliau menyertai PH.

Katanya, walaupun beliau salah seorang menteri kanan kerajaan BN sebelum ini, namun tidak semua perkara diketahuinya.

Artikel Berkaitan:

Pada 18 September 2018, Mustapa mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 30 tahun berkhidmat dalam parti itu.

Menurutnya, keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada masa kini yang tidak selari dengan perjuangannya.

Dengan keputusannya itu, Mustapa secara automatik menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau kemudiannya menyertai Bersatu pada 26 Oktober 2018.