OPR dijangka naik 25 mata asas kepada 3.25 peratus - OxtaFX

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) esok kepada 3.25 peratus.

OctaFX dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, langkah tersebut dibuat adalah untuk menyokong pasaran modal dan menstabilkan kadar tukaran dolar Amerika Syarikat (AS) dengan ringgit Malaysia (RM).

“Susulan daripada pembaharuan Hawkish aretoric dari Rizab Persekutuan AS, ia telah menetapkan peringkat untuk kelemahan ringgit dan kadar faedah semasa AS ialah 5.25 peratus berbanding 3 peratus di Malaysia.

“Apabila AS menawarkan hasil yang lebih tinggi, entiti asing cenderung menukar aset Malaysia mereka kepada dolar AS dan mengalihkan pelaburan ke pasaran AS.

“Jika BNM membiarkan kadar itu tidak berubah, kejatuhan ringgit dijangka berlaku dengan lebih cepat yang mana boleh mencapai paras tertinggi beberapa tahun iaitu 4.75,” kata kenyataan itu.

Jelas OctaFX, MPC menyatakan bahawa inflasi teras berada pada arah aliran menurun semenjak beberapa bulan lalu disebabkan pengaruh faktor kos yang sederhana dan menjangkakan bahawa ia akan kekal tinggi berikutan permintaan yang mampan.

Pada masa sama, OctaFX memaklumkan bahawa faktor luaran juga mempengaruhi pasaran kewangan domestik kerana pelabur menggunakan pendekatan menolak risiko kebimbangan potensi kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS.

Kata kenyataan itu lagi, pemulihan dijangka lebih perlahan daripada jangkaan China yang mana ia mengakibatkan ringgit menyusut sebanyak 3.4 peratus berbanding dolar AS.