Peng Soon-Liu Ying ungguli Terbuka New Zealand

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying
A
A
A

BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand selepas menundukkan gandingan Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti pada pentas final, hari ini.

Pada aksi di Stadium Eventfinda, Auckland, Peng Soon-Liu Ying yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun diberikan tentangan sengit daripada pasangan pilihan kelima itu sebelum mencatat kemenangan 21-14, 16-21, 29-27.

Kejayaan itu menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu merangkul kejuaraan kedua mereka tahun ini, selepas kali pertama pada Masters Thailand, Januari lepas.

Terdahulu, beregu di ranking kelima dunia itu mara ke final selepas menewaskan satu lagi pasangan Indonesia Hafiz Faizal-Gloria Emanuella Widjaja pada aksi separuh akhir, semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: