Pertemuan dengan Profesor G70 bincang isu pendidikan - Fadhlina

Fadhlina mengadakan pertemuan dengan kumpulan Profesor G70 pada Isnin.
Fadhlina mengadakan pertemuan dengan kumpulan Profesor G70 pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidilkan, Fadhlina Sidek telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Profesor G70 pada Isnin.

Menerusi ciapan di Twitternya, Fadhlina memaklumkan pertemuan berkenaan diadakan bagi membincangkan isu pendidikan untuk diterjemahkan dalam pelan tindakan.

Menurutnya, ahli akademia dan pakar dalam bidang masing-masing melihat ruang penambahbaikan dalam bilik darjah perlu terus dilestarikan.

“Saya yakin masih ramai yang mahukan projeksi masa hadapan terus dipertahankan.

“Tugas mustahak sebagai menteri memerlukan saya untuk menggariskan dasar dan polisi yang terbaik untuk semua. Tidak ada istilah satu saiz sepadan untuk semua,” ciapnya di Twitter.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih atas nasihat dan saranan yang diberikan oleh kumpulan profesor berkenaan.

“Siapa pun yang bersuara untuk pendidikan, anak-anak murid, guru-guru dan sekolah-sekolah, adalah juga suara kami di KPM,” ujarnya.