PRN: Wanita PKR sudah senarai pendek calon - Fadhlina

Fadhlina menjawab pertanyaan media pada Majlis Korban Perdana Parlimen Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda, Sungai Bakau pada Sabtu. - Foto Bernama
Fadhlina menjawab pertanyaan media pada Majlis Korban Perdana Parlimen Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda, Sungai Bakau pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

NIBONG TEBAL - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) telahpun menyiapkan senarai pendek calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan untuk ditentukan kerusi bagi calon yang telah disenaraikan.

"Kita (buat) senarai pendek calon-calon yang akan bertanding pada PRN di enam negeri ini. Nama (sudah) ada, cuma (sekarang ini) untuk tentukan kerusi (sahaja) dan juga untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda Sungai Bakau, di sini pada Sabtu.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. - Bernama