Gandingan pertama gabungan jentera PH, UMNO hadapi PRN

Ahmad ( tengah) bersama penduduk Kampung Parit Ibrahim mengagihkan daging korban pada Jumaat.
Ahmad ( tengah) bersama penduduk Kampung Parit Ibrahim mengagihkan daging korban pada Jumaat.
A
A
A

PONTIAN - Kerjasama jentera pilihan raya UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri cukup penting sebagai gandingan baharu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerjasama tersebut cukup penting bagi membuktikan Kerajaan Perpaduan disertai 19 parti gabungan boleh memainkan peranan saling membantu.

Timbalan Menteri Kewangan I, menegaskan kesepakatan tersebut seterusnya membolehkan Kerajaan Perpaduan mempertahankan kemenangan di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

"Selaku Ahli MKT, sudah tentu PRN kali ini merupakan peluang kepada kita untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan boleh memainkan peranan saling bantu membantu. Sudah tentu, kita harap boleh menang di tiga negeri dan tawan tiga lagi negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu.

" Atas nama Kerajaan Perpaduan, kita akan bersama di semua tempat sama ada UMNO bertanding atau tidak di kawasan tersebut. Pasti kita akan bantu jentera di semua tempat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata selepas mengagihkan daging korban kepada penduduk di Kampung Parit Ibrahim di sini pada Jumaat.

Ahmad ( tengah) menyerahkan daging korban kepada penduduk Kampung Parit Ibrahim pada Jumaat.
Ahmad ( tengah) menyerahkan daging korban kepada penduduk Kampung Parit Ibrahim pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor memberitahu UMNO Johor akan mengadakan mesyuarat perhubungan pada Ahad ini bagi membincangkan tugasan 26 bahagian UMNO di negeri ini ke enam negeri yang berdepan PRN.

"Setiap bahagian akan mempunyai kawasan angkat di bahagian berkaitan di enam negeri tersebut. Ada tugasan yang mereka perlu lakukan untuk membantu jentera pilihan raya.

"Bagi bahagian UMNO Pontian pula, saya selaku Ketua UMNO bahagian akan membincangkan tugasan yang perlu dilakukan ahli jawatankuasa yang akan dihantar ke Port Dickson. Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian ini akan diadakan pada Jumaat malam," katanya.

Tambahnya lagi, jentera UMNO akan membantu bahagian- bahagian berdepan PRN dengan penuh semangat selepas Aidiladha.

"Pada minggu hadapan, saya akan pergi ke beberapa bahagian di Negeri Sembilan, bukan hanya Port Dickson tetapi bahagian- bahagian lain yang dijaga oleh UMNO Johor.

"Oleh itu, saya beranggapan selepas Aidiladha ini, kita akan penuh semangat turun padang membantu jentera bahagian seperti yang ditugaskan," katanya.