Himpunan diadakan sebab Islam terancam: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur hari ini.
Tuan Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribuan umat Islam yang hadir ke Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara hari ini sebagai tindak balas apabila mendapati kedudukan Islam di negara ini semakin terancam.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya Islam tidak terancam, mustahil ribuan hadir menyertai himpunan tersebut.

“Kalau Islam tak ditekan dan tak terancam, mustahil ribuan hadir hari ini. Jadi, kita berhimpun kerana kita menyedari ancaman yang berlaku kepada Islam dalam negara kita,” katanya ketika berucap di Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga adalah sebagai tanda amaran rakyat kepada golongan yang sedang bekerja keras menghalang kebangkitan Islam.

“Kita berhimpun untuk beri amaran dan peringatan bahawa umat Islam tidak akan berdiam diri,” katanya.

Tuan Ibrahim menambah, himpunan yang diadakan di ibu negara itu tidak akan berakhir begitu sahaja.

“Satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen bagi memperincikan isu-isu sensitif seperti Statut Rom, isu kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Bahasa Kebangsaan dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC),” katanya.

Artikel Berkaitan: