Bekas Ketua Pengarah ICU JPM meninggal dunia

Allahyarham Zainul Ariff Hussain
Allahyarham Zainul Ariff Hussain
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Dr Zainul Ariff Hussain meninggal dunia hari ini.

Berita tersebut dikongsi anaknya, Nurul Adni menerusi akaun Facebook miliknya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Tan Sri Zainul Ariff Hussain telah dijemput Ilahi selepas Asar tadi.

“Dipohon doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Maafkan salah dan silapnya, halalkan makan dan minumnya,” katanya.

Zainul Ariff bersara daripada jawatan ketua pengarah ICU JPM pada 2004.

Allahyarham Zainul Ariff merupakan bekas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Gamuda Berhad, bekas Pengarah dan Jawatankuasa Audit MISC Bhd dan pernah menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - Bernama

Artikel Berkaitan: