Kerajaan perkenal e-kredit bantu pelajar pulang ke Sabah, Sarawak

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

SEPANG - Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan inisiatif e-kredit bagi membantu pelajar Sabah dan Sarawak Intitusi Pengajian Awam (IPTA) untuk pulang ke kampung sempena perayaan atau cuti semester.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bakal dilaksanakan pada Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.

"Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan tahun ini mempunyai inisiatif bantuan tiket kapal terbang kepada mereka dan akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

"Sistem tersebut sedang dibina dan memerlukan sedikit integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA.

Anthony Loke semasa pelancaran MYAirline Doubke Take-Off
Anthony Loke semasa pelancaran MYAirline Doubke Take-Off

"Mereka boleh menggunakan kredit tersebut untuk membeli tiket kapal terbang," katanya semasa pelancaran MYAirline Double Take-Off di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Jumaat.

Ujar beliau, sekiranya syarikat penerbangan tersebut menawarkan diskaun, ia amat berbaloi dan dapat meringankan beban pelajar.

Tambahnya, pelajar Sabah dan Sarawak yang dianggarkan belajar di Semenanjung mencecah lebih 50,000 orang serta mereka kurang berkemampuan membeli tiket penerbangan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Kita harap dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban golongan B40.

"Pelancaran e-kredit ini akan memberi manfaat kepada 50,000 pelajar Sabah dan Sarawak," katanya.