Isu lokar sekolah: Kena tanya menteri PH, BN sekarang - Radzi

MOHD RADZI
MOHD RADZI
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin membidas kenyataan Dr Maszlee Malik berhubung isu pembekalan lokar ke sekolah.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan tender secara terbuka.

"Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri Pakatan Harapan, DAP dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

"Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar.

"Selain laksanakan sebaiknya sebelum saya meninggalkan kementerian," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Justeru itu, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Mohd Radzi meminta bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan itu menghentikan kenyataan yang berbaur fitnah tersebut.

"Brother (Sedara), hidup memfitnah ni tiada keberkatan! Selamat Hari Raya," ujarnya.

Pada Khamis, Maszlee menerusi kenyataan di Facebook membangkitkan isu lokar tersebut bagi mendapatkan penjelasan untuk pihak rakyat berkenaan status terkini projek di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.