Teroka pasaran dagangan tenaga boleh baharu

Nik Nazmi ketika Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Sumber Manusia Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman berlangsung di Auditorium Sinar Harian, pada Isnin. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan Malaysia kini sedang berusaha menerokai pasaran dagangan terkini iaitu pembekalan tenaga boleh baharu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sekiranya negara berjaya mengusahakannya, ia dapat memberi faedah tinggi terhadap ekonomi negara.

“Singapura kini sangat terdesak untuk mendapatkan tenaga ini sehingga mereka perlu sambung kabel untuk mendapatkannya sehingga ke Kemboja dan Australia.

“Jika kita berjaya mewujudkan dan membekalkan kepada mereka (Singapura), tentu kita dapat manfaat,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian semasa ketika program Town Hall Rakyat edisi kelima anjuran Sinar Harian, pada Isnin yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman.

Nik Nazmi bagaimanapun menambah, pembekalan tenaga boleh baharu terhadap Singapura itu tidak akan menjejaskan kepentingan buat rakyat Malaysia.

Ujarnya, Malaysia harus belajar daripada kesilapan tentang isu pembekalan air terhadap Singapura sebelum ini.