Ribuan sertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam

Ribuan peserta berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo bagi menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Ribuan peserta berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo bagi menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lebih 3,000 peserta berkumpul di hadapan pusat membeli belah Sogo di sini hari ini bagi menjayakan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam.

Terdahulu, para peserta berkumpul dan menunaikan solat Zuhur di Masjid Jamek sebelum bergerak ke Sogo.

- FOTO ZAHID IZZANI
- FOTO ZAHID IZZANI

Penganjur yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan kekesalan susulan beberapa insiden yang menghina Islam, Melayu dan kedaulatan Perlembagaan.

"Islam seolah-olah cuba dicabar. Maka, kita perlu bangkit pertahankan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera seperti mana ada dalam Perlembagaan.

- FOTO ZAHID IZZANI
- FOTO ZAHID IZZANI

"Himpunan kali ini menghimpunkan tokoh-tokoh negara daripada pelbagai latar belakang untuk kita keluarkan satu seruan agar umat Islam perlu bersatu pertahankan hak kita," katanya.

Menurutnya, himpunan itu menyenaraikan tiga perkara penting dalam deklarasi yang akan dibawa ke seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

- FOTO ZAHID IZZANI
- FOTO ZAHID IZZANI

"Pertama, umat Islam takkan biarkan Islam dirobek di negara kita. Kedua, kita mahu kerajaan hari ini menghentikan dasar-dasar yang merugikan kedudukan Islam, Bahasa Melayu dan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Ketiga, kita nak buat deklarasi supaya kita berdiri teguh di belakang Majlis Raja-raja Melayu dalam mempertahankan Islam di negara kita. Tiga deklarasi penting ini kita bawa balik ke negeri masing-masing untuk kita kembangkan kepada kawan-kawan dan saudara kita," katanya.

Selain NGO, himpunan yang berlangsung aman itu turut mendapat sokongan parti politik UMNO, Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Antara pemimpin yang hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini merupakan himpunan kedua terbesar anjuran Ummah selepas Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember tahun lalu.

Himpunan yang sepatutnya berlangsung sehingga jam empat petang itu bagaimanapun berakhir 45 minit lebih awal berikutan cuaca hujan.