PRN: Amanah mahu pertahan 8 kerusi miliknya di Selangor

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KLANG - Parti Amanah mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dengan mempertahankan kesemua lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi mereka di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun, presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, tidak dapat mengesahkan berapa kerusi tambahan yang bakal ditandingi parti itu pada PRN yang dijangka Ogos ini.

"Berapa kerusi tambahan...semunya akan ditentukan oleh kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Sukan 89 Arena pada Ahad.

Pada PRU14, Amanah berjaya memenangi lapan kerusi DUN Selangor iaitu Taman Templer, Hulu Kelang, Pandah Indah, Sungai Ramal, Seri Serdang, Meru, Sabak dan Morib.

Bagaimanapun, dua kerusi Amanah telah beralih ke PKR selepas Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Meru dan Sabak masing-masing Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Ahmad Mustain Othman menyertai parti tersebut. - Bernama