Young Tigers mampu beri kejutan

Hannah bersama piala rasmi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 pada Majlis Pelancaran Logo Rasmi di Menara Shaftsbury pada Sabtu.
Hannah bersama piala rasmi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 pada Majlis Pelancaran Logo Rasmi di Menara Shaftsbury pada Sabtu.
A
A
A

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 dij Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 5 hingga 16 Disember ini.

Biarpun diundi bersama juara bertahan Argentina diikuti juara 1997 Australia dan Chile, presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, percaya status tuan rumah bakal memberi kelebihan buat Malaysia sekali gus mencatat keputusan membanggakan dalam kejohanan tersebut.

“Undian ini di luar bidang kuasa kita (KHM) ia di bawah Persekutuan Hoki Dunia (FIH), kita terpaksa terima hakikat dan tak boleh kata kumpulan ini mudah atau tidak... saya cukup yakin kita akan beri tentangan baik dan mungkin boleh buat kejutan.

“Kita akan memberi persembahan terbaik. Selaku tuan rumah, ia adalah satu penghormatan untuk membanggakan negara kerana bagi saya setiap pemain dan jurulatih bertungkus lumus berlatih dan sebagainya,” katanya pada majlis pelancaran logo rasmi kejohanan tersebut, pada Sabtu.

Majlis pelancaran logo itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Bagi menyemarakkan penganjuran kejohanan tersebut, Subahan berkata KHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjemput murid sekolah menonton secara langsung di stadium.

Dalam pada itu, Hannah berharap agar KHM mampu menyusun aktiviti sampingan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia hadir ke venue sekali gus memeriahkan lagi penganjuran kejohanan itu.

Beliau juga yakin penganjuran kejohanan itu mampu melonjak ekonomi negara selain dijadikan platform sebagai pentadbir sukan negara untuk mengutip pengalaman menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di Bhubaneswar, India.

Sementara itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013 Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi dengan Sepanyol, Korea Selatan serta Kanada.

Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016 Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.

Hoki Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur 2023

KUMPULAN

KUMPULAN A: Argentina Australia Chile Malaysia

KUMPULAN B: Mesir Perancis Jerman Afrika Selatan

KUMPULAN C: Kanada India Korea Selatan Sepanyol

KUMPULAN D: Belgium Belanda New Zealand Pakistan

Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala pasukan lain berentap memburu kedudukan kesembilan hingga ke-6).

Venue: Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

JADUAL

5 Disember (Selasa):

(B) Perancis lwn Mesir - 9 pagi

(B) Jerman lwn Afrika Selatan - 11 pagi

(C) Sepanyol lwn Kanada - 2 petang

(A) Argentina lwn Australia - 4 petang

(C) India lwn Korea Selatan - 6 petang

(A) MALAYSIA lwn Chile - 8 malam

6 Disember (Rabu)

(D) Belanda lwn Pakistan - 9 pagi

(D) Belgium lwn New Zealand - 11 pagi

(B) Afrika Selatan lwn Mesir - 2 petang

(B) Perancis lwn Jerman - 4 petang

(A) Australia lwn Chile - 6 petang

(A) MALAYSIA lwn Argentina - 8 mam

7 Disember (Khamis)

(C) Korea Selatan lwn Kanada - 9 pagi

(D) Pakistan lwn New Zealand - 11 pagi

(D) Belgium lwn Belanda - 6 petang

(C) Sepanyol lwn India - 8 malam

8 Disember (Jumaat)

(B) Afrika Selatan lwn Perancis - 9 pagi

(B) Jerman lwn Mesir - 11 pagi

(A) Argentina lwn Chile - 6 petang

(A) Australia lwn MALAYSIA - 8 malam

9 Disember (Sabtu)

(C) Kore Selatan lwn Sepanyol - 9 pagi

(D) Belanda lwn New Zealand - 11 pagi

(C) India lwn Kanada - 6 petang

(D) Pakistan lwn Belgium - 8 malam

11 Disember (Isnin)

Perlawanan Penentuan (9-16)

12 Disember (Selasa)

Suku Akhir

13 Disember (Rabu)

Perlawanan Penentuan (9-12); (13-16)

14 Disember (Khamis)

Perlawanan Penentuan (5-8)

Separuh Akhir

15 Disember (Jumaat)

Perlawanan Penentuan (15/16); (13/14); 11/12); 9/10)

16 Disember (Sabtu)

Perlawanan Penentuan (7/8); (5/6); (3/4)

FINAL