Sila log masuk terlebih dahulu.

Calon tandatangani aku janji setia kepada PN: Muhyiddin

A
A
A

BERITA MOJO 24 JUN 2023

Kesemua 245 calon Perikatan Nasional (PN) membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menandatangani surat aku janji agar berpegang teguh dengan dasar gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aku janji tersebut tidak meletakkan sebarang nilai denda sebagaimana yang dilakukan sesetengah parti sebelum ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu menambah semua calon PN juga perlu menjalani tapisan untuk memastikan mereka 'bersih' daripada sebarang kesalahan dengan pihak berkuasa termasuk tidak muflis.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/JrND

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian