Polis kesan dua suspek warga Singapura terlibat perselisihan faham

Tangkap layar video tular memaparkan lelaki warga Singapura yang mengisi minyak RON95 dan perselisihan faham berlaku.
Tangkap layar video tular memaparkan lelaki warga Singapura yang mengisi minyak RON95 dan perselisihan faham berlaku.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Polis mengesan dua suspek warga Singapura yang terlibat insiden perselisihan faham dengan seorang warga tempatan di sebuah stesen minyak di sini pada 16 Jun Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, usaha mengesan kedua-dua suspek berkenaan turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Singapura (SAF).

“Kejadian perselisihan faham yang tular itu berlaku pada 16 Jun lalu melibatkan pertengkaran mulut sekumpulan individu dikenal pasti sebagai warganegara Singapura dengan seorang warganegara Malaysia.

“Hasil siasatan, insiden perselisihan faham itu dikatakan berlaku apabila apabila kedua-dua suspek warga Singapura itu tidak berpuas hati dengan individu warga tempatan yang dikatakan lambat mengisi minyak motosikal,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

“Kertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk 'go-kart'

Grab aktifkan semula akaun ‘rider’ tegur warga Singapura