Kami profesional: Zahirah Macwilson

No Image Caption
A
A
A

AKTRES cantik, Zahirah Macwilson tolak tepi soal perhubungan cinta apabila melibatkan gandingan lakonan bersama pasangannya, Aiman Hakim Ridza.

Sebaliknya Zahirah, 24, berkata, mereka bersikap sebagai seorang pelakon yang profesional dalam bidang diceburi.

“Saya rasa sangat senang dan selesa bila dapat bergandingan dengan Aiman kerana kami bukan hanya sekadar pasangan kekasih tapi juga kawan yang baik.

“Oleh itu, bila di lokasi penggambaran kami memang profesional. Sama juga kalau berlakon dan digandingkan dengan mana-mana pelakon, tak boleh nak ada rasa kekok.

No Image Caption

“Jadi, sebagai pelakon kena versatile,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan ‘Live’ di MeleTOP, Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Saksikan lakonan Zahirah bersama Aiman menerusi drama bersiri 28 episod Curi Curi Cinta bermula jam 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria 104.

Artikel Berkaitan: