Konsert tiga malam Taylor Swift di Singapura tahun depan

Taylor Swift akan mengadakan persembahan selama tiga malam pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah The Eras Tour. - Foto IG Taylor Swift
Taylor Swift akan mengadakan persembahan selama tiga malam pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah The Eras Tour. - Foto IG Taylor Swift
A
A
A

SELEPAS enam malam bersama Coldplay, Singapura akan menyambut kehadiran seorang lagi bintang antarabangsa.

Penyanyi dan pemenang Grammy, Taylor Swift akan mengadakan persembahan selama tiga malam pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah The Eras Tour.

Konsert Swift akan berlangsung di Stadium Nasional pada 2, 3 dan 4 Mac tahun depan.

Singapura akan menjadi satu-satunya lokasi konsert di Asia Tenggara, dan perhentian kedua di Asia selepas Tokyo, Jepun.

Penganjur konsert, AEG, mengesahkan harga tiket akan bermula dari S$108 (RM372.98), dengan prajualan tiket konsert bermula 5 Julai depan.

Bintang pop Amerika itu kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada 2014, sebagai lokasi penutup konsert jelajah Red. - Agensi