Sila log masuk terlebih dahulu.

PRN: Debar menunggu bubar

20 Jun 2023 | Wacana
A
A
A

TIDAK lama lagi rakyat di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu. Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pastinya, ramai yang berdebar menunggu Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri-negeri terlibat PRN itu dibubarkan.

Rasanya, setiap parti yang bertanding sudah pun mula memasang strategi masing-masing untuk menarik undi.

Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam milikan Perikatan Nasional sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan-BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan, sekarang.

PRN ini nampaknya akan menguji kekuatan dua blok tersebut. Siapa berjaya menambat hati rakyat? Pergelutan merebut sokongan! Debarannya bermula selepas DUN bubar!

Saksikan Wacana Edisi 402 bertajuk PRN: DEBAR MENUNGGU BUBAR di semua platform digital Sinar Harian.

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/784773786438256/

Portal: https://www.sinarharian.com.my/

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1671133128461623297

Youtube: https://www.youtube.com/live/RN5yKwJ-Fiw?feature=share