Semangat separuh akhir 2014

Farizal
Farizal
A
A
A

BOLA itu bulat, itulah yang berlaku pada Piala AFF Suzuki 2014 dalam perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Vietnam ketika itu Harimau Malaya mengalami kekalahan 1-2 setelah tumpas dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, skuad Harimau Malaya yang pada masa itu dibimbing legenda bola sepak negara, Dollah Salleh menampilkan aksi memukau berjaya menundukkan Vietnam di Hanoi, 4-2 sekali gus layak ke final dengan agregat 5-4.

Lebih manis, dalam aksi semi final kedua di Hanoi itu, penjaga golnya ialah Farizal Marlias yang masih beraksi dalam skuad kebangsaan ketika ini.

Malaysia akan bertemu Vietnam dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium My Dinh, Hanoi, malam esok.

Untuk rekod, Malaysia dan Vietnam berkongsi kedudukan seri 2-2 pada final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember lalu.

Farizal berkata dalam bola sepak tiada istilah mustahil dan apa sahaja boleh berlaku dalam satu perlawanan.

“Walaupun keputusan perlawanan akhir pertama di laman sendiri tidak memihak kepada kami, tetapi itu bukan penamatnya.

“Saya melihat semua pemain berada dalam keadaan yang bersemangat untuk bertemu Vietnam malam esok,” katanya pada sidang media pra-perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Vietnam, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pada edisi 2014 yang lalu, Malaysia hanya muncul naib juara setelah tewas di tangan juara lima kali Piala AFF Suzuki, Thailand dengan agregat 4-3.

Malaysia berpeluang untuk merangkul kejuaraan kali kedua Piala AFF Suzuki sekiranya berjaya menundukkan Vietnam, malam esok.

Datuk K Rajagobal menjadi jurulatih tunggal negara yang berjaya menjulang piala berkenaan pada 2010 selepas menewaskan Indonesia dalam aksi final. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!