Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemuda derita penyakit saraf rindukan arwah ibu

A
A
A
BERITA SEMASA 20 JUN 2023

"Saya terlalu rindukan emak, saya doakan emak ditempatkan di syurga" itu luahan sayu seorang pemuda dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk di Kuala Terengganu yang menderita penyakit saraf sejak lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Hanya tidur beralaskan tilam lusuh dan tinggal di rumah yang sudah uzur, penderitaan dialami pemuda itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

Muhammad Hafizuddin Ismail yang berusia 21 tahun berkata, dia begitu merindui ibunya, Khatijah Muhammad, 50-an yang meninggal dunia akibat kanser payu dara empat tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264101/edisi/terengganu/pemuda-21-tahun-hanya-seberat-10-kg?fbclid=IwAR0yZRH2ims0r4R6O9KS162jil18B3WYpE0qB1x5vybqOLrItgArC5Ez0i0