Saifuddin Nasution ziarah Mat Sabu

Saifuddin Nasution turut berkongsi gambar beliau menziarahi Mohamad di hospital di Facebook pada Isnin.
Saifuddin Nasution turut berkongsi gambar beliau menziarahi Mohamad di hospital di Facebook pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi melawat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Saifuddin Nasution berkata, beliau menziarahi sahabat baiknya itu yang kini sedang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.

"Petang tadi saya hadir ziarah sahabat baik saya, Saudara Mohamad Sabu. Alhamdulillah beliau kini stabil, cuma perlu sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

"Moga saudara Mohamad Sabu segera dikurniakan aafiyah dan dapat kembali berkhidmat, Insya-ALLAH," katanya melalui laman Facebook pada Isnin.

Beliau turut memuat naik gambar bersama Mohamad di laman Facebook.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Mohamad selamat menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) di Hospital Putrajaya.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada Khamis untuk mendapatkan rawatan dan perlu menjalani pembedahan atas nasihat pakar perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad Sabu selamat dibedah, keadaan stabil

Mat Sabu dijadual jalani pembedahan apendiks malam ini