RON97 turun 1 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi RON97 turun satu sen seliter menjadikan harga terbaru bahan bakar itu RM2.80 seliter bagi tempoh 4 Mei hingga 10 Mei depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras sama, masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menjelaskan anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 4 Mei sehingga 10 Mei adalah berjumlah RM130.45 Juta.

Artikel Berkaitan: