Anak mangsa nahas di LPT2 meninggal dunia

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KEMAMAN - Anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 267.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, di sini pada petang Sabtu meninggal dunia pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa, Raudhatul Khayra Mohd Riduan, 3, disahkan meninggal dunia oleh bapa saudaranya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang jam 9.30 pagi.

Menurut Hanyan, seorang lagi anak mangsa, Muhamad Uwais Wafiuddin, 8, yang mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan sedang menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Sabtu, sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik.

Mangsa, Mohd Riduan Mohd Yaacob, 35, dan isterinya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuantan menghala ke rumah mereka di Kampung Teluk Pasu, Manir di Kuala Terengganu.