De Gea mungkin 'angkat kaki'

De Gea. - Foto Agensi
De Gea. - Foto Agensi
A
A
A

PENJAGA gawang Manchester United, David de Gea dilaporkan gagal mencapai persetujuan untuk melanjutkan perjanjiannya memaksa Red Devils mencari pemain baharu untuk mengisi kekosongan itu.

Masa depan pemain berusia 33 tahun itu menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini dan The Red Devils baru-baru ini mengesahkan dia tidak akan kekal untuk musim 2023/24.

Penjaga gol Sepanyol itu yang menghabiskan 12 musim di Old Trafford bersedia untuk menamatkan aksinya dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas gagal mencapai persetujuan menyaksikan gajinya perlu dikurangkan.

United masih mempunyai Tom Heaton, Nathan Bishop, dan Dean Henderson untuk mengisi tempat de Gea, namun dilaporkan mereka tidak memenuhi syarat yang dimahukan jurulatih Erik Ten Hag.

The Mirror membayangkan bahawa Ten Hag telah menamakan tiga penjaga gol dalam senarai pendeknya untuk menggantikan De Gea.

Senarai itu termasuk penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, Jordan Pickford dari Everton, dan Diogo Costa dari Porto.

De Gea salah seorang daripada pemain United yang menerima bayaran lumayan apabila memperoleh 370,000 pound seminggu (RM2.2 juta), namun pemain itu enggan mencapai persetujuan berdasarkan tawaran kontrak baharu kelab.

Dia memenangi Sarung Tangan Emas untuk musim ini, namun beberapa aksinya menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat yang mahukan perubahan dalam pasukan.

Di Old Trafford De Gea memenangi satu gelaran EPL, Liga Europa dan Piala FA serta dua Piala Carabao dan tiga Perisai Komuniti FA.