Bekas pensyarah usia 81 tahun didakwa edar kokain 2.643kg

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Seorang bekas pensyarah di sebuah universiti awam, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kokain seberat 2.643 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Tertuduh yang juga warga emas berusia 81 tahun itu, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan kesalahan itu, di balai Ketibaan Dalam Negeri KLIA, di sini pada jam 6 petang, 6 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 398(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 398(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Jamilah Shuhadah Tohet.