Abdul Hamid dilantik Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini

Mohamad Fuzi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Abdul Hamid (kanan) disaksikan Muhyiddin dalam Majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, merangkap Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa esok.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib pada Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman antara Abdul Hamid kepada Datuk Seri Ramli Hassan untuk memangku jawatan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dulu tersisih sekarang Ketua Polis Negara]

Artikel Berkaitan: