GrabFood diperluas ke lebih 100 daerah seluruh negara

Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-5, GrabFood bertekad ke arah penambahbaikan berteraskan inovasi demi para pengguna, baik pelanggan mahupun rakan niaga.

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - GrabFood Malaysia kini telah menapak lebih daripada 100 daerah di Malaysia bersamaan dengan 95 peratus penduduk Malaysia sejak ia dilancarkan pada Mei 2018.

Kejayaan membanggakan itu seiring dengan sambutan ulang tahun ke-5 GrabFood, yang kini dalam perluasan rangkaian servis sebagai perkhidmatan platform penghantaran makanan nombor satu di Malaysia.

Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan, berkata, strategi perluasan pihak syarikat tidak terbatas hanya kepada kawasan perkhidmatan.

“Kami memperkasa khidmat kami secara lokal demi kemaslahatan masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, kami juga sedang berikhtiar untuk menambah baik servis kami selari dengan keperluan komuniti di Malaysia.

“GrabFood akan berusaha untuk menyesuaikan penghantaran on-demand dengan keperluan anda melalui inovasi teknologi terkini bagi menjamin kepentingan para pelanggan dan pemilik restoran,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, GrabFood Malaysia telah menambah jumlah pilihan restoran bagi memudahkan para pengguna.

“Secara purata, jumlah restoran rakan peniaga kami telah mencecah dua kali ganda setiap tahun sejak penubuhan GrabFood pada tahun 2018. Selain itu, kami turut menumpukan perhatian kepada penambahbaikan yang menguntungkan para pengguna.

“Baru-baru ini, kami telah melancarkan Saver Delivery yang menawarkan caj penghantaran yang paling rendah iaitu serendah RM1. Bukan itu sahaja, GrabUnlimited juga menawarkan potongan harga berbaloi untuk semua perkhidmatan Grab. Perubahan ini memberi pelbagai peluang untuk warga Malaysia berjimat,”katanya.

GrabFood melengkapi rakan niaga untuk berkembang

Perkhidmatan penghantaran makanan semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. Pada tahun 2022, pengguna GrabFood membuat pesanan sebanyak 1.48 kali ganda berbanding tahun 2019, manakala purata keuntungan bulanan rakan peniaga kecil telah bertambah sebanyak 26 peratus selepas setahun berdaftar dengan Grab.

Justeru, lebih ramai peniaga memanfaatkan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan. Oleh itu, Grab menyediakan kelengkapan dan program relevan bagi membantu rakan peniaga meluaskan pasaran masing-masing. Antaranya ialah:

Pulangan 6X daripada iklan digital

Kewujudan Ads Manager iaitu alat layan diri yang terdapat dalam aplikasi GrabMerchant membolehkan rakan peniaga mencipta dan mengesan iklan digital sendiri melalui peranti mudah alih mereka dalam masa kurang tiga minit. Secara purata, GrabAds memberikan pulangan 6X bagi setiap Dolar yang digunakan untuk pengiklanan bagi rakan peniaga kecil Grab di rantau ini.

Strategi berasaskan data

Data & insights tool membolehkan rakan peniaga untuk menguruskan perniagaan, memantau hasil jualan, memerhatikan tabiat membeli pelanggan sekaligus membantu mereka untuk merebut peluang perniagaan dan menangani masalah dengan lebih efisien.

Meningkatkan kemahiran digital

GrabAcademy for Merchants menyediakan rakan peniaga dengan cara terbaik untuk menjalankan dan memajukan perniagaan secara dalam talian.

Menurut Jian Tan, pengalaman yang terbaik untuk ekosistem Grab adalah menjadi keutamaan pihak syarikat dimana ia bermula sebagai perkhidmatan menyampaikan makanan yang mudah kini telah berkembang menjadi industri vital di Malaysia atas pelbagai faktor.

“Kini melalui aplikasi Grab, para pengguna dapat merasai pengalaman tempatan yang unik iaitu hyperlocal experience di negeri yang dilawati tanpa mengira lokasi semasa,”katanya.

Kedudukan GrabFood sebagai pemain utama dalam penghantaran makanan terkemuka di Malaysia disokong oleh tinjauan mengenai jenama yang paling kerap digunakan di kalangan pengguna penghantaran makanan yang dijalankan oleh Kantar, syarikat data, pandangan dan perunding terkemuka dunia.