Sila log masuk terlebih dahulu.

Kastam rampas kokain 302.20 kg bernilai RM60.44 juta

A
A
A

BERITA SEMASA 12 JUN 2023

Cubaan sindiket pengedaran dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyorokkan bahan terlarang itu di dalam kontena berisi bungkusan guni kacang soya berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, rampasan dadah jenis kokain seberat 302.20 kilogram (kg) itu bernilai RM60.44 juta.

Maklumat berkenaan diperolehi hasil risikan daripada Direktorat Jeneral Kawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengenai sebuah kontena berukuran 6.1 meter yang tiba di Pelabuhan Klang, Selangor pada 6 Jun lalu jam 9.45 malam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263073/berita/semasa/kastam-rampas-kokain-302kg-bernilai-rm6044-juta

Muzik: Elevate dari www.bensound.com