Aaliyah buru podium di Mexico

Aaliyah akan menyertai Kejohanan Waterski Dunia di Boca Laguna, Mexico bermula Selasa hingga 17 Jun ini.
Aaliyah akan menyertai Kejohanan Waterski Dunia di Boca Laguna, Mexico bermula Selasa hingga 17 Jun ini.
A
A
A

ATLET luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah akan membuat penampilan pertama di pentas dunia dalam tempoh empat tahun apabila akan menyertai Kejohanan Waterski Dunia bawah 21 tahun (B-21) di Boca Laguna, Mexico bermula Selasa hingga 17 Jun ini.

Penampilan terakhir Aaliyah dalam arena antarabangsa ialah pada Kejohanan Ski Air Dunia IWWF di Putrajaya pada 2019.

Pada kejohanan itu Aaliyah melakar kejayaan menakjubkan apabila menamatkan saingan dalam kedudukan 10 terakhir bagi kategori tricks terbuka wanita pada usia 16 tahun.

Menjelang kejohanan di Mexico, Aaliyah berharap dapat meraih podium berdasarkan prestasi semasa dan ia mampu dicapai.

Aaliyah ketika ini berada di kedudukan kedua dalam acara tricks, ketiga (jump) dan kedua dalam acara overall bagi kategori (B-21).

Bagaimanapun Aaliyah berdepan cabaran untuk membahagikan masa antara tanggungjawabnya sebagai pelajar Florida Southern College dan minatnya terhadap sukan luncur air.

“Adalah sukar untuk mengimbangi latihan ski air dengan pengajian kerana ini adalah semester pertama saya di universiti.

“Apa pun saya sangat gembira dengan hasil usaha dalam bidang akademik demi kerjaya dan perlu bekerja keras dalam sukan bagi membalas kepercayaan penaja.

“Saya perlu berlatih dan bersaing bersungguh-sungguh untuk mencapai kemajuan dan kejayaan setelah mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negara dan Perbadanan Putrajaya,” ujar Aaliyah.

Pada kejohanan di Mexico, Aaliyah akan ditemani jurulatih dari Chile, Larry Gisler dan sudah tiba di negara itu sejak beberapa hari lalu.