'Belum ada penawaran rasmi dari Vida'

Norizam, Datuk Seri Vida
Norizam, Datuk Seri Vida
A
A
A

KELANTAN FC masih belum menerima sebarang tawaran rasmi pembelian The Red Warriors (TRW) daripada pihak berminat termasuk usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida.

Itu pengkongsian pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang juga usahawan dan pakar pelaburan di laman Facebooknya.

“Ada tak pilihan lain untuk menerajui team Kelantan selain Datuk Seri Vida?

“Untuk pengetahuan semua, setakat hari ini belum ada penawaran rasmi lagi dari beliau,” katanya yang lebih dikenali sebagai Zamsaham.

Dalam pada itu, Zamsaham turut bertanyakan pandangan para penyokong TRW berkenaan pilihan terbaik menerajui kelab tersebut selain Datuk Seri Vida.

Datuk Seri Vida sebelum ini dilaporkan berminat mengambil alih kelab Liga Super pantai timur tersebut.

Selain itu, dia juga dilaporkan meletakkan anaknya, Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin mengendalikan kelab Negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.