Sila log masuk terlebih dahulu.

Haji: Pusat Rawatan TH Syisyah lengkap rawat fizikal, spiritual

A
A
A

BERITA SEMASA 10 JUN 2023

Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Syisyah di sini yang beroperasi untuk memberikan khidmat kesihatan kepada 31,600 jemaah haji dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk merawat pesakit termasuklah aspek spiritual, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.

Terletak kira-kira tujuh kilometer dari bangunan ibu pejabat TH di Abraj Al Janadriyah, pusat perubatan itu dilengkapi dengan wad yang mempunyai 194 katil, bilik kecemasan, wad isolasi, makmal perubatan, radiologi, klinik gigi dan ambulans.

Pengarah Operasi Makkah (Perubatan), Dr Amin Sah Ahmad berkata, pusat rawatan bertaraf pakar minor yang dilengkapi peralatan canggih mempunyai 12 pakar antaranya respiratori, kecemasan, ortopedik, radiologi, bius yang menepati keperluan jemaah haji.

artikel: https://go.sinar.la/3N2Wcvy

Muzik: Elevate dari www.bensound.com