Kerajaan setuju tubuh TVET Khas Wanita - Ahmad Zahid

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju menubuhkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Khas Wanita dengan pengambilan seramai 15,000 wanita untuk ke program berkenaan sebagai permulaan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan program berkenaan adalah atas saranan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

"Dengan ini saya umumkan atas saranan Ketua Wanita UMNO untuk menubuhkan TVET Khas Wanita melalui kerjasama antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Kolej Agro Sains Malaysia.

"Saya telah meluluskan pengambilan seramai 15,000 wanita untuk masuk dalam TVET khas berkenaan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia pada Sabtu.

Sebelum ini Noraini dalam ucapan pembukaan persidangan itu berkata, sebuah Pusat Latihan TVET Wanita perlu dibangunkan untuk meningkatkan kapasiti wanita melalui program 'upskilling' (peningkatan kemahiran), 'reskilling' (kemahiran semula), 'multiskilling' (pelbagai kemahiran) dan 'future skilling' (kemahiran masa depan), di seluruh negara termasuk kawasan pinggir desa.

Katanya, berdasarkan Laporan Global Gender Gap daripada Forum Ekonomi Dunia, potensi wanita jika dapat diupayakan sepenuhnya maka negara akan dapat meningkatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 10 peratus menjelang 2030.