Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting - Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kerjasama yang dirancang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor penting bagi memastikan pelaksanaan setiap projek di negeri itu memberi dampak menyeluruh termasuk buat negara jiran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosialnya berkata, beliau menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam bagi membincangkan pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.

"Antara isu yang disinggung meliputi pembinaan infrastruktur kesihatan dan jalan raya, Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ), Financial Hub (Hab Kewangan), pembinaan masjid serta sekolah agama di tanah wilayah Felda.

"Turut ditekankan adalah bantuan pascabanjir bagi golongan petani, penternak dan nelayan; dan isu penyelenggaraan dan pembaikan rumah-rumah pangsa melebihi 40 tahun,” tulisnya. - Bernama