Pesawat Kawalan Jauh

A
A
A

KREATIF... Warga emas Daniel Chong, 81, menunjukkan pesawat rekaanya semasa melakukan penerbangan di Padang Polo berhampiran Hospital Pulau Pinang hari ini.

Beliau mengambil masa dua hari untuk menyiapkan badan pesawat kawalan jauh miliknya yang diperbuat daripada kadbod dengan kos hanya RM20.

Menurutnya, harga sebuah pesawat kawalan jauh agak mahal iaitu melebihi RM500 menyebabkan beliau mereka cipta sebuah pesawat dengan menggunakan barangan yang lebih murah dan mudah didapati.

Beberapa peminat pesawat kawalan jauh berumur antara 60 hingga 80 tahun sedang sibuk menyiapkan pesawat mereka untuk diterbangkan ketika ditemui di Padang Polo berhampiran Hospital Pulau Pinang hari ini.

Menurut salah seorang peminat pesawat itu, Daniel Cheong, 81, berkata aktiviti ini adalah hobinya sejak 35 tahun lepas.

Setiap hari Rabu dan Jumaat beliau dan beberapa rakannya akan meluangkan masa tiga hingga empat jam dengan mengunjungi Padang Polo untuk bermain pesawat kawalan jauh itu. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia