[VIDEO] Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam

Alimuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas 10 pertuduhan.
Alimuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas 10 pertuduhan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini pada Rabu atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina ALLAH, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook, dua bulan lalu.

Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan dua hakim iaitu Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan V.M Mabel Sheela.

Lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang bersifat jelik dan menghina agama ALLAH, nabi dan agama Islam menggunakan akaun Facebook miliknya 'Ali Tikos', dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu telah dibaca di sebuah rumah di Rumah Pangsa Awam Larkin Johor Bahru, pada kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.