Gadis hilang di Thailand, polis terima laporan ibu mangsa

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan seorang gadis Malaysia di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada 2 Jun lalu yang menyatakan Chong Sum Yee atau dikenali Angie Chona Sum hilang di negara jiran tersebut.

"Usaha untuk mengesan mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak polis Thailand melalui bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan PDRM.

"Selain itu, kerjasama juga melibatkan pihak-pihak berkuasa Thailand, Myanmar dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sum Yee, 22, dilaporkan hilang di Thailand selepas gagal dijejaki ahli keluarganya sejak beberapa hari lepas.

Ibu mangsa, Zhu Caiyun berkata, kali terakhir anaknya dikesan berada di Chiang Mai pada 29 Mei atas urusan kerja.