Anwar mahu murid dilatih bersihkan tandas sekolah

Anwar menyampaikan ucapan pada majlis perasmian D'Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak pada Sabtu. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan pada majlis perasmian D'Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaikpulih sebaiknya.

Anwar berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memeriksa tandas-tandas berkenaan bagi memastikan setiap murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mendapat kemudahan yang selesa.

"Bila saya suruh Fadhlina (Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek) periksa tandas di sekolah-sekolah, banyak yang rosak, berpuluh tahun tiada siapa peduli.

"Bagaimana kita nak hantar anak ke sekolah kalau tandas rosak. Anak kita manusia, bukan dewa yang tak perlu ke tandas," katanya ketika berucap pada Majlis Peramian D'Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak pada Sabtu.