Berniaga sambil beribadah dengan Ali Zahra

A
A
A

Muhammad Faisal (tiga dari kiri) bersama pengurusan syarikat pada Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul di Hotel Grand Millenium, di sini pada Rabu.
Muhammad Faisal (tiga dari kiri) bersama pengurusan syarikat pada Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul di Hotel Grand Millenium, di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, Ali Zahra Holding Sdn Bhd kembali menggegarkan pasaran dengan strategi perniagaan terbaru berkonsepkan berniaga sambil beribadah.

Presiden Kumpulan Ali Zahra Malaysia, Indonesia dan Filipina, Datuk Muhammad Faisal Abu Bakar berkata, syarikat itu menawarkan produk terbaru di pasaran seperti Moringa Tea, Chocolate Fibremeal dan Ashwaganda Coffee, dengan setiap ejen turut berpeluang menunaikan umrah sambil menjana pendapatan.

Menurutnya, melalui projek ini, mereka yang berminat boleh menyertai dengan pendaftaran serendah RM500 dan memilih tiga pakej ekonomi bermula daripada RM3,990 bagi melayakkan mereka mendapat produk serta menerima pakej umrah.

“Mereka yang menyertai pakej ini berpeluang menikmati keuntungan jualan sebanyak 20 peratus. Bagi pakej silver bernilai RM6,990 pula, ejen layak mendapat pakej umrah premium untuk seorang, selain menjana pendapatan serta keuntungan 35 peratus daripada set produk yang diterima.

“Pakej ketiga iaitu pakej gold bernilai RM12,590 pula memberi peluang kepada ejen menikmati pakej umrah kelas premium untuk dua orang.

Muhammad Faisal (lima dari kiri) bersama barisan ‘leader’ Ali Zahra Holding Sdn Bhd. pada majlis pelancaran berkenaan di Hotel Grand Millenium, pada Rabu.
Muhammad Faisal (lima dari kiri) bersama barisan ‘leader’ Ali Zahra Holding Sdn Bhd. pada majlis pelancaran berkenaan di Hotel Grand Millenium, pada Rabu.

“Pakej ini turut menawarkan keuntungan lebih tinggi iaitu mencecah 40 peratus,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul di Hotel Grand Millenium, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Naib Presiden 1 Ali Zahra Holding Sdn Bhd, Mas Juwita Jamaludin; Pengarah Urusan Ali Zahra Group, Muhammad Afi f Rohaimi; Pengarah Urusan AKZ Property, Mohd Zulkifl i Ridzwan dan Pengarah Urusan PT Ali Zahra Indonesia, Ellen.

Tambah Muhammad Faisal, bagi menjayakan projek berniaga sambil beribadah itu, pihaknya bekerjasama dengan Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd.

40 ejen tunaikan umrah

Sehingga kini katanya, 40 ejen telah berjaya menunaikan umrah pada Mac lalu dan merupakan kumpulan pertama yang berjaya mengerjakan ibadah berkenaan kelolaan agensi itu.

Muhammad Faisal (tengah) menyaksikan pemeteraian kerjasama bersama Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd.
Muhammad Faisal (tengah) menyaksikan pemeteraian kerjasama bersama Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd.

Agensi tersebut juga akan mengelola ejen yang akan ke Tanah Suci untuk sesi seterusnya.

“Alhamdulillah, disebabkan sambutan yang sangat luar biasa, kuota umrah bagi bulan September, Disember dan Febuari tahun depan telah penuh, dengan kebanyakan ejen terdiri daripada golongan ibu tunggal dan B40.

“Trip umrah akan dibuka semula untuk bulan Mac 2024,” ujar beliau.

Syarikat Ali Zahra yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan sejak tahun 1998, kini mempunyai lebih daripada 300,000 pelanggan di Malaysia.

Sejak beberapa tahun lalu, penjenamaan semula Ali Zahra, sekali lagi menggegarkan pasaran dan menjadi fenomena dengan kelahiran produk Zahra Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy dan Serum Madeena serta beberapa produk lain.

Muhammad Faisal (tengah) pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul.
Muhammad Faisal (tengah) pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul.

Muhammad Faisal yang menjalankan perniagaan itu bersama sahabat baiknya, Mas Juwita Jamaludin turut menyasarkan pengambilan ejen baharu seramai 1,000 orang pada tahun depan.

“Setakat ini, lima syarikat bernaung di bawah Kumpulan Ali Zahra iaitu Rayyan Muhammad Resources, Akmal Global Venture, Juwita Enterprise, My Asia Empire dan LF Global Venture.

“Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen, boleh terus berhubung dengan pengurus syarikat di talian 01- 26438956 (Zakiah) dan 018-3848510 (Haziq).

Kerjasama terbitkan lagu

Ali Zahra Holdings Sdn Bhd dan syarikat rakaman Asia Empire Record Malaysia turut bekerjasama dalam menerbitkan lagu berjudul ‘Kembara Nabawi’ dengan penampilan khas Juara Anugerah Juara Lagu Ke-37, Aina Abdul.

Muhammad Faisal (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul.
Muhammad Faisal (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pelancaran Ali Zahra Holding Sdn Bhd dan lagu ‘Kembara Nabawi’ Aina Abdul.

Lagu berkenaan ditulis oleh FJ Muzik dan telah digubah sepenuhnya oleh Alan Otwo, Anep Otwo dan Izan Otwo.

Pengarah Urusan Asia Empire Record Malaysia, Haniff Khan (Anep Otwo) yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif berkata, rakaman penuh muzik itu dilakukan Kumpulan Otwo, sebuah kumpulan rock tempatan berpengalaman luas dalam bidang penerbitan serta industri muzik tanah air.

“Rakaman single ini turut menampilkan pemuzik jemputan seperti Rudy dari kumpulan Nastia untuk bunyian strings. Rakaman dan adunan sepenuhnya dibuat di studio rakaman Asia Empire Record sementara adunan mixing serta mastering oleh Anep Otwo.

“Penulisan lagu ini menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah SAW. Penggambaran rakaman pembikinan lagu pula dijalankan di Bakri Music Workshop, Kuala Lumpur.

“Klip video ini dilancarkan secara rasmi pada 31 Mei 2023 jam 8:30 malam di saluran YouTube rasmi Asia Empire Records,” jelasnya.