Malaysia pertahan kedudukan ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’

ITC zahir rasa gembira di atas kejayaan negara meraih dua anugerah di majlis Halal in Travel Awards (HTA) yang berlangsung di Singapura.
ITC zahir rasa gembira di atas kejayaan negara meraih dua anugerah di majlis Halal in Travel Awards (HTA) yang berlangsung di Singapura.
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Pelancongan Islam (ITC) menzahirkan kegembiraan di atas kejayaan Malaysia dalam mengekalkan kedudukan teratas dalam carta ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ di dalam laporan ‘Mastercard and CrescentRating Global Muslim Travel Index’ (GMTI) 2023.

Menurut kenyataan itu, ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana Malaysia berjaya mempertahankan kedudukan tersebut selama lapan tahun berturut-turut.

“Tahniah diucapkan kepada para sahabat dan rakan strategik ITC atas kejayaan ini.

“Kesungguhan kalian dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal bagi pelancong Muslim sangat dihargai,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Pada masa sama, Malaysia turut membawa pulang anugerah ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik (OIC)’ dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ di majlis Halal in Travel Awards (HTA) yang berlangsung di Singapura.