PRN: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO di enam negeri

Mohd Hairi Mad Shah. - Foto Bernama
Mohd Hairi Mad Shah. - Foto Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah diberi tanggungjawab mengetuai jentera pemuda parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, perkara itu diumum oleh Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh baru-baru ini.

"Saya telah dilantik untuk mengetuai jentera pemuda bagi PRN di enam negeri dan pastinya saya akan menggerakkan jentera ini secara tersusun dan sistematik.

"Justeru itu, saya akan mengarahkan jentera-jentera pemuda di seluruh Malaysia untuk turun bagi membantu gerak kerja di enam negeri nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Penyelarasan Southern Volunteers Prihatin@ Johor Future 2023 di sini pada Rabu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Larkin itu berkata, beliau juga akan bertemu barisan pemuda parti komponen dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) bagi merangka strategi sebagai persediaan menghadapi PRN dalam masa terdekat. - Bernama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!